Tuesday, 18 December 2012

.S.E.L.A.M.A.T. .M.A.J.U. .J.A.Y.A.

Salam...

Untuk pengetahuan semua, hari ni hari last taska dibuka untuk tahun 2012.
Jumpa lagi tahun depan. ^__^
So secara automatiknya, ni last day untuk anak- anak 4 tahun.
Pasni diorang nak pg tabika dah.

>> Yasmin, Irfan, Hakim dan Haifa <<

Tapi arini yasmin dengan irfan je yang datang sekolah.
Anak- anak 4 tahun lain da lame cuti panjang.

Rindu lah tc nanti...



 Nurul Haifa
-Bijak
-Suka pakai cantik- cantik (Xde sape boleh halang ape dia nak pakai)
-Sangat berdikari
-Anak bongsu kepada Encik Sidek dan Puan Rahimah
-Suka sangat dengan warna purple.



 
Yasmin
-Bijak
-Sangat peka pada persekitaran
-Lemah lembut (Tapi sangat marah bila adik-adik xnak dengar cakap dia)
-Suka jaga adik- adik
-Anak sulong kepada Encik Dahlan Dan Puan Aamarul Alfiah.
-Kawan- kawan semua panggil min kakak sebab dia memang macam kakak
  untuk semua orang
-Pandai urus diri sendiri.





Irfan Izat
-Bijak
-Anak sulong kepada Encik Ikhwan dan Puan Sabrina
-Sesangatlah aktif
-Rajin
-Sangat sayang dekat adik dia (Syawal)
-Masa mula-mula masuk taska, Ifan jerit2 nangis panggil ayah,bukan ibu.
-Kalau main pondok-pondok mesti ifan akan jadi "ayah".
-Berbulan- bulan nak pujuk
-Paling manja dengan tc. nana



 Hakim
-Bijak
-Pendiam
-Anak yang sangat patuh dengan arahan.
-Xpernah xkemas mainan bila dah main.
-Anak sulong kepada Encik Hasrino dan Puan Fatimah
-Selalu smart2 walaupun nk g tido.




Tc doakan semua anak- anak bersedia untuk masuk tabika tahun depan.
Jangan lupa semua doa-doa dan surah-surah yang tc dah ajar.
Jaga diri baik- baik & dengar kata cikgu baru nanti.

Yang penting jangan terkucil kat seluar ok ^____^


Sayang kamu semua.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
Sayang sangat- sangat.
.
.
.
.
.
.
.
.

.
.
C^N
.
.
.
T______T











Sunday, 16 December 2012

Gotong Royong Siri II

Salam.

Tu diaaaa.ade pulak gotong royong part II.Hehe.
Yang sebenarnya, kami buat giliran gotong royong ni secara bergilir.
Yang dah datang last week xperlu la datang lagi this week.
Tapi ade jugak yang rajin nak datang tiap- tiap minggu.
Terima kasih banyak2.
Dan terima kasih xterhingga jugak untuk semua ibubapa anak-anak taska yang sudi datang.
Meriah sungguh.

Kedatangan ibubapa kali ni.

1.Ibu dan Ayah Aiman
2.Ibu dan Ayah Fayruz
3.Ibu dan Ayah Sarah
4.Ayah Yasmin
5.Ibu, Ayah dan Abang2 Imani.

Memang kelass kak shamsiah (ibu imani)  bawak semua anak- anak datang sekali.

Gotong royong habis dalam pukul sebelas pagi.

Alhamdulillah.

Terima kasih sekali lagi.

Sayang semua.

C^N















Tuesday, 11 December 2012

Mari Bergotong Royong!

Salam..

Hari ahad yang lepas (09.12.2012), pihak taska telah mengadakan gotong royong
secara kecik-kecilan.

Ramai jugak parents yang sempat meluangkan masa.

Tujuan gotong royong ni sbenanye adalah untuk mengecat keretapi (terowong)
yang baru siap tu.

InsyaAllah akan ada gotong royong part II untuk sambung mngecat pagar pulak.

Thanks untuk semua yang sudi meluangkan masa dan tenaga.


:.Sedih dengar berita anak teacher julie (baby dareez) masuk hospital.
  Semoga cepat sembuh...














Tuesday, 23 October 2012

Majlis akhir tahun 2012

Tarikh: 19 Okt 2012
Masa: 3.00-5.30 Petang

Salam..
Jap je da akhir tahun da.
Majlis akhir tahun untuk tahun 2012 ni dibuat awal sebab teacher julie nak g balajar da.
So buat la bulan oktober.
Paling awal dalam sejarah taska ni =)

Masa hari majlis tu,hujan lebat sangat.
Mula-mula kami ingat parents semua xdapat nak datang.
Tapi Alhamdulillah.
Macam biasa,parents xpernah mengecewakan.
Ramai sangat yang hadir.
Yang lagi best ibu n ayah dua-dua datang.
ketua kmpung n penyelia pun ada.
Terima kasih banyak2.
Sanggup cuti dan berhujan untuk ke majlis kami.
Sangat-sangat kami hargai.Yeayy!!!

Jamuan untuk hari tu nasi ayam, kuih muih, dan banyak lagi.

Gembira sungguh.hehe

Mari tengok foto!

.; Taska Kami ;.
Cik Puan MC

Penghargaan kepas AJK dan ibubapa

Anak- anak cemerlang


Hadiah ibubapa

Cenderahati AJK

Tok Ketua

Excited nk juget sampai xpasan pakai cemin mata terbalik =P

Antara yang hadir

Rindu dah lama x jumpa
.:Lieya.Min.Syida:.

Ibu saya =D
Haa.itulah saja untuk kali ini.
Terima kasih bagi semua yang menjayakan majlis akhir tahun dan penyampaian hadiah kanak-kanak tabika/taska tahun 2012.

Yang sempurna datangnya dari Allah S.W.T
Dan segala kekurangan datangnya daripada kelemahan diri kami sendiri.
InsyaAllah akan diperbaiki dimasa-masa akan datang.


Sayang semua
C^N

Friday, 5 October 2012

Jom Jalan- Jalan!!

Salam..
Setiap tahun memang wajib lawatan ke kolam air panas ni.
2-3 kali setahun pun pernah =P

Hmm..kolam air panas ni namanya kolam air panas gersik.
Lebih kurang 20minit dari taska.
Selain rombongan sekolah,ramai jugak orang datang dari jauh untuk berubat.
Sakit kulit dan lain2.
Ade sekali tu, sorang pakcik cuci mata anak bliau dengan air panas.
Sebab anak tu sakit mata teruk.
Bliau kata beransur pulih.
Sahih atau tidak wallahua'lam
Kalau betul bagus la.

Tapi panasnya..Wuuuu.xboleh tahan!


Kat sini ada 2 bahagian.
Kolam yang ada mata air panas dan satu lagi kolam untuk kanak- kanak.
Kalau nak datang cuma perlu buat surat je.
Pihak pengurusan kolam air panas akan bersihkan kolam dan tadah air.

Tapi oleh kerana anak- anak taska ni kecit sangat,kitorang bwk kolam plastik je untuk diorang.
Then cedok air panas + air sejuk masuk dalam tu.Kire ok la tu kan.hehe

Sebelum mandi wajibla ade sukaneka dulu.
Best sesangatlah.

Tujuan lawatan kali ni adalah untuk menunjukkan kepada kanak- kanak sumber air panas yang asli dan menyambut hari lahir anak-anak yang lahir dari bulan jan-jun.

Okay jum tgk foto.

Yasmin

Sukaneka Acara Makan Pisang
-Haziq-

Sukaneka Acara Tiup Belon

Haha.sape yang menang ni??

Aiman Naik Kuda

-Imani-

Sukaneka Acara Lompat Katak

-Birthday Jan-Jun-

Aiman n Dayah

Aiman Lagi.

Aiman Buat Kuak Lentang

Kolam Untuk Kanak- Kanak

Dayah

Syida, Min, Dayah

Makan-Makan

Makan-Makan Lagi



Ha...Itulah saja untuk kali ini.
Sekarang tengah bz prepare untuk konvo kanak- kanak dan majlis akhir tahun taska.
Dah mula rasa sedih sebab ada anak- anak yg akan grad nnti. :'(


Sekian saja.


C^N