Tercipta
satu lembaran sejarah
Di tanah suci Kota Mekah
Hari yang mulia penuh syahadah
Bermulalah sebuah kisah
Malam isnin subuh yang indah
Dua belas rabiul’awal yang cerah
Dua puluh april tahun gajah
Lahirlah zuriat dan syahadah
Abdullah
nama bapanya
Siti Aminah ibunya
Riang gembira menyambutnya
Lahirnya putra yang utama
Muhammad
nama diberi
Gelaran
yang terpuji
Nikmat Illahi sama disyukuri
Terima putra yang berbakti
Keadaan
yatim anak mulia
Lahirnya
bawa cahaya
Alam derita jadi gembira
Terima junjungan mulia
Salam Semua.
Oh akhirnya dapat jugak update blog ni.
Walaupun sekarang ni baru bulan mac, tapi dah banyak aktiviti yang dibuat.
Baru- baru ni, sambutan Maulidur Rasul.
Sambutan tahun ni diadakan di Masjid Al-Ikhsan Batu 18.
Dan semua taska dan tabika yang terlibat diminta untuk berarak.
Taklah jauh pun. Dari sekolah kebangsaan ke masjid je.
Tak sempat nak keluar peluh.
Alhamdulillah. Bangga tc. bila anak- anak semua baik sangat masa berarak tu.
Takde sorang pun yang nangis atau meragam.
Thanks untuk semua parents yang sudi meluangkan masa hadir ke majlis ni.
Tak lupa jgak terima kasih untuk ibu aiman yang berjaya menyiapkan baju kurung+baju melayu anak- anak.
Anak- anak semua seronok berselawat. InsyaAllah kita jadikan amalan setiap pagi semasa morning circle =)
Mari tengok foto anak- anak baik ni.
.: Arissa Maisarah :.
Haaaa.Sekianlah saja.jumpa lagi dientry yang akan datang.
InsyaAllah ^__^
Sayang banyak- banyak
C^N